Syeikh Abdul Malik bin Abdullah tok pulau manis

 Syeikh Abdul Malik bin Abdullah tok pulau manis

Tok pulau manis Abdul Malik bin Abdullah atau nama penuhnya Syeikh Abdul Malik bin Abdullah merupakan salah seorang daripada ulamak Melayu terengganu yang bertanggung jawab mengembangkan syiar Islam di nusantara

Keluarga

anak:

  • Imam Yusuf Kesuma
  • Badruddin
  • Mik Tok Bungkuk

Guru

Beliau dikatakan mendapat pendidikan awal dari beberapa orang Ulama Terengganu dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Aceh. Di antara gurunya di Aceh ialah Syeikh Abdur Rauf bin Ali Al-Fansuri. Semasa di Aceh beliau telah bersahabat dengan beberapa orang yang akhirnya menjadi tokoh dan ulama besar. Mereka ialah Syeikh Yusuf Tajul Khalwati al-Mankatsi dari Bugis-Makasar, Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan dan Syeikh Burhanuddin Ulakan dari Sumatera Barat. Mereka telah menerima ijazah Tarikat Syathariyah dari ulama Aceh yang terkenal itu. Mereka kemudiannya bersama melanjutkan pelajaran ke Mekah dan Madinah. Semasa di Mekah, beliau bersahabat dengan Syeikh Abdus Syukur bin Abdul Karim Batani al-Fathani dan berguru kepada Syeikh Ibrahim al-Kurani.

Kitab Karangan

 

  1. syarah hikam Tok Pulau Manis..siri ilmu tasawuf
  2. al-Kifayah yang berisikan perbicaraan ilmu usuluddin dan fiqh
  3. Risalah an-Naql mengenai shalat Jumaat
  4. Risalah Kaifiyyah an-Niyyah berhubung persoalan niat.

Rujukan

  • Hj Wan Mohd Shagir Abdullah (1999). Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu Jilid 6. Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah Kuala Lumpur. ISBN 9839701290.
  • TOKOH-TOKOH ULAMA’ SEMENANJUNG MELAYU (1), Ismail Che Daud, Percetakan

 

Related post